09 March 2018

Kilang Beras Rakyat Sekinchan :: Galeri Padi


Assalamualaikum...
Lawatan ke Kilang beras ni sebenarnya tak dak dalam atur cara program pun sebenarnya..lepas dari prgoram titian kasih tu sepatutnya terus balik ke Maktab PDRM KL.. tahu2 Dato' arahankan singgah di kilang beras dulu sebelum balik..ok la tu..sebab klu balik terus pun awal lagi..hehe..masih ada masa..blh la singgah.. 

Rumah anak yatim yang kami pergi tu tak jauh pun daripada kilang ni..  Kilang ni ada galeri padi tau.. mmg sesuai utk dilawati..bagi org awam yg nak masuk ke galeri padi ni dikenakan yuran sebanyak RM5..tp kami mai sini tak kena bayaq pun..mgkin Dato' dah buat surat rasmi kot..
hehehe..masuk preeee woiii.. kilang di di kelilingi oleh sawah padi.. masa kami pi tu depa baru dok pi tanam padi..lepas dari semai padi.. tapi dah tak guna kuku kambing dah..semua pakai mesin..canggih dah..
Ni ruang masuk ke galeri padi.. kitorg masuk sekali dengan bas sampai ke dalam..haha.. tapi mmg kawasan dia luas sebab lori padi dok keluar masuk hantar padi masak ke sini utk di proses...

sesi penerangan audio visual oleh pihak kilang padi sekinchan.. video tu semua pasal penanaman padi..dia buat perbezaan antara org dulu dgn org sekarang..dulu mmg 100 peratus tenaga manusia dan haiwan..tapi sekarang byk kepada mesin..dia tunjuk teknologi mesin terkini.. jimat masa dan tenaga..

kawasan pemprosesan padi...

guni yang putih tu berisi beras seberat 1 tan..jurucakap tu kata klu beras seberat 1 tan tu untuk keperluan seorang..boleh menampung selama 13 tahun..haha.. byk oo..

ni mesin versi kecik punya.. proses padi ke beras.. yang besar punya di luar..

ni antara barang2 antik org2 terdahulu dalam pemprosesan padi sehingga menjadi beras..

haha..jgn disentuh..gaya je tu..

antara barang2 antik..

basikal tua..

alatan proses menampi padi..

Dato' Komandan bergambar bersama staf..haha..layankan je..

org kedah panggil ni alatan utk 'memukoi'...daripada pokok padi tu..pukoi sampai keluaq padi tu sebutir-sebutir..

telefon antik..berfungsi lagi..

gaya polis dulu2..naik gerek..haha

ni minum petang gaya baba nyonya..

ni dibahagian terakhir galeri padi.. ada jual beras..aneka beras..

pinjam kerusi tokey..haha..depa kata aku dah mcm penjual kat situ..huhu

beras wangi sekinchan..hanya di jual di speed 9.. wangi beras ni..bila dah masak dia akan keluar bau wangi pandan..sesuai buat nasi lemak...

keropok beras teknik hot press..

ni la mesin menanam padi..org dulu nak habiskan satu petak padi utk tanam padi memerlukan masa 3 ke 4 hari nak siapkan dengan kekuatan 7-8 orang pekerja.. tapi dengan mesin ni boleh tanam padi dengan keluasan yang sama cuma memakan masa hnya 2 jam stgh dengan seorang ja yang pandu mesin ni..fuhh..tgk perbezaan dia..jimat masa dan tenaga kot..

perjalanan kami di escort oleh trafik IPD Sabak Bernam..trima kasih.. yerla..menerima tetamu kan..so kena la layan sebaik mgkin..nnti dtg ke maktab PDRM KL kami beri layanan istimewa jugak..hehe..

apa2 pun terima kasih abg trafik..dan lawatan ni memberi byk manfaat dan ilmu pengetahuan am..InsyaAllah ada kesempatan nak bwk anak2 sebab diorg tak membesar pada zaman menggunakan alatan2 tradisional..semua canggih2 dah zaman skrg..mesin semuanya.

Dapat gift beras Sekinchan 5 kilo..TQ..hehe

No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...